RASULULLAH dan sebiji
limau pahit pemberian wanita kafir
Suatu hari
Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama
beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai
hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah
SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya
Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak
seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.
Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita
itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka
bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa
saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang
ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW.
Baginda tidak
akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik,
dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang
kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah
SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak
berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar